Sunday 20 March 2011

Out Of Da Box!! ^^

Assalamualaikum wbt.. Segala Puji bagiNya Tuhan Semesta Alam~

MASALAH.. masalah.. masalah~
hurm,, Semua org pernah ade masalah kn.. ke korang de yg tak pernah ade mslh?? mustahillah tak de.. sama ada besor ke,  kecik ke. . org tetap panggil masalah. . sebenarnye masalah tu lah y mematangkan kita. . mengajar kita utk berfikir & cube m'cari jalan penyelesaian. .

tapi Kita slalu dengar..
-> org mengalami tekanan jiwa sbb mslh yg d hadapi.. cth; mslh rumah tngga~
muka org de masalah lebih kurang cam ni la kn.. tertekan nye pasal~
-> org bunuh diri sebab mslh chenta.. telan pil pe entah smpai berpuluh bijik! ( bila dgr, kita akn ckp cm ni, "aish, ape nk jd.. x de keje len ke smpai nk bunuh2 dri cm 2." tp mmg cm 2 lah jd nye  lau seseorang tidak dpt nk selesaikan masalah yg d hadapi.. kununnye itulah jalan terbaek lh kan... tapi adakah jalan itu diredhai ALLAH?? TIDAK kawan2!!)

Mcm2 cara ade tuk selesikan mslh ni.. sume bergantung pd kita utk selesaikan dgn cara mudah @ payah..

jom bace kisah d bwh!
~Dr Romli~

Seorang lelaki pergi ke klinik Dr Romli & mengadu tidak boleh tidur malam..pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi..
~lebih kurang cam nie lah situasi pesakit~














Dr Romli   :ape sebenarnya yg mengganggu fikiran kamu hingga tidak tidur?
Pesakit     :saya rasa ade dinasour lah kt bawah katil saya..bila saya memejamkan mata, dinasour itu mahu membaham saya!
Dr Romli  : Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak. tidak ada pun dinasour , percayalah!
Pesakit     : Ada doc! percayalah...
 
Dr Romli meminta pandangan daripada Doktor-doktor pakar tentang masalah pesakit beliau. "Jelas ini masalah psikologi," kata doktor pakar psikologi. "Ini masalah fobia akibat didikan akibat masa lampau, "ujar doktor pakar yang lain. "saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf," tambah doktor pakar saraf.

 Semua doktor diberi peluang menggunakan kaedah masing-masing utk mnyelesaikkanya tapi selepas seminggu tetap tiada perubahan. Dr Romli termenung panjang ketika berada di rumah. Lalu anaknye yang berusia 7 tahun datang dan bertanya.

Ikuti perbualan mereka~

Anak        : ayah , knapa ayah termenung je ni
Dr Romli  : ada masalah seorang pesakit ayah nie..
Anak        : masalah apa ayah? mana tahu saya boleh bantu.

Dr Romli mengomel lam hati.. "doktor2 pakar pon tak boleh nak selesaikan, ni kan pulak anak aku yang setahun jagung!." Tapi, Dr Romli tetap menceritakan kpd anaknya. Kata si anak, " Oo.. dia rasa ada dinasour menyorok kat bawah katil ye." "ye, begitulah nampaknya." jawab si ayah. "kalau mcm tu, ayah potong sahaja kaki katilnya!." anaknya memberikan pandangan.

Dr Romli  : apa kaitan kaki katil tu dengan masalah tak boleh tidur?
Anak        : kalau kita potong kaki katil, sudah tentu dinasour itu tiada tempat untuk menyorok!

"Ya tak ye jugak,"  bisik Dr Romli. Keesokkannya, kaki katil pesakitnya dipotong. "Nah, sekarang tiada lagi dinasour yang mengganggu kamu. kamu boleh tidur sekarang." Sememangnya benarlah. Pesakit itu sudah dapat tidur nyenyak selepas itu.

So, lps bace ape yg korang dpt??? moral of da story...walaupun sebesar mana dan serumit mana pun masalah yang kita hadapi, kita dapat menyelesaikannya SEKIRANYA kita berfikir dengan santai , bebas dan keluar dari KOTAK PEMIKIRAN YANG BIASA... ( mcm anak Dr Romli tu la.. kn boleh slesaikan mslh tu.. ^.^ )


p/s --> So, kpd rakan2 d luar sana & peringatan juga bt diri saya, jauhkanlah daripada melakukan perkara2 yg merugikan diri sendiri sekiranya mempunyai masalah.. janganlah sampai ada kes bunuh2 diri, bunuh org lain pun ade gak.. aishh.. Cuba lah berfikir dgn sebaik mungkin & KELUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN YG BIASA utk menyelesaikkannya!! =))

Sekian,Wassalam~

No comments:

Post a Comment