Saturday 26 March 2011

SeminGGu berlaLu~

Assalamualaikum ... segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam~

Alhamdulillah.. seminggu sudah berlalu.. diriku menjalani praktikum di s.k jln batu.. rasa lega skit lah.. mana x nya.. mula2 p , blur gak la.. bese p pbs suke2 jek.. nie nk p ngajar btol2.. dgn tngkah laku murid2 pon mcm2.. n mmg mcm2 la kna ngan dak2 nie.. Yg tak ley lupe.. kna ludah ngn dak sindrom down.. gara2 suh dye duduk je pon.. aduhai.. nsb bek cekgu sabar kn .. lau x.. x tahu la ye pe jd kt awk.. hoho.. nie la cbrn nye jd cekgu L.D ( learning disability ) .. kna penuh dgn kesabaran.. kna la layan je kn..cube masuk dlm dunia mereka..
najmi yg cumil~

Salah satu kisah spnjg prktikum mggu 1.. ( sy +murid hyper)

hakim:  saya benci! pedih2!! ( x brape jelas pertuturannya )
saya: da la nangis.. awk x salah k.. awk x slh.. dah2 p stesen Km lak k..
hakim : awk x sayang sy! sy pedih ( smbil pukul2 dada dye)
saya: tak.. cekgu syg  hakim.. cepat2 p klas.. ok2.. jom2 kte bermaf-maafan...
hakim: ( menangis lg) pukul2 kpala ..
saya : da la tu.. sekarang sape yg kna mntak maap.. cikgu ke hakim..
hakim: awak! ( smbil tnjuk cikgu)
saya : eh?? cikgu plak yg kna mintak maap.. awk yg tak nak dgr ckp kn.. ( sbr jelah.. )
hakim: awak marah saya.. saya pedih
saya: cikgu marah sebab awk x nak bt keje kn.. tp cikgu tak pukul pon awk.. skit pun x kn..
hakim: TAPI SEMALAM NOBITA PUKUL DORAEMON!!
saya: ( ape kna mengena lak kn). erk?yela2.. nobita x pukul doraemon dh k.. dah2 .. cikgu mintak maaf ok?
hakim: Ok...

aduhai.. tibe2 lak cekgu de kaitan ngn nobita.. ngn cekgu2 skali ngaku jd nobita.. =O

paling best aktviti terapi berkuda.. ley tgk mcm mna smngt murid2 ku yg jln pon x boleh tp boleh nek kuda.. x jtuh pon.. epi lak tu..  tp bila cekgu dye nek.. cekgu yg terjerit2.. heee.. maklumlah.. 1st nek tuh..si yg meludah sy pon tetibe termakan sy nye pujukan.. haha.. sonok!

jom2 nek.. hehe
lps nek kuda~
murid: cechu.. cechu tkot nek kuda ek..
cikgu: aish, ne ade.. cekgu x tkot lah..
 murid: tapi nape cechu jerit? haha.. cechu tkot.. malu ah
cekgu: cekgu epi lah.. ( mmg cekgu da malu pon ) pandai2 je awk ni,, =p
aduhai.. ingt kn diorg x tgok td time nek.. x pasal2 kna ngn diorg.. huuu~

xpelah, ape pun korang , mcm mna pon tngkah laku korang, cekgu ttp syg.. ^^ akn cube yg t'bek tuk didik kamu!k lh.. bnyk lg yg nk d ceritakan tp x tertaip dh.. tnggu je lah nxt week nye kisah cm ne lak.. mau bt keje.. daa~

p/s utk diri sndri: jgn lupe bt RPH... Jurnal n ABM!!
( pic2 mnggu 1 blom dpt d upload.. nxt week lh)

Sunday 20 March 2011

Mau Ke Sekolah??

Assalamualaikum wbt.... Segala puji bagiNya Tuhan Semesta alam~

Pejam celik, pejam pelik... sudah sampai waktunya utk saya & rakan2 sem 5 menghadirkan diri ke sekolah.. bukan tuk lawatan.. bukan tuk PBS yg hanya seminggu tuh.. tapi PRAKTIKUM!! hayyoo... cuak bila fikir cam ne ye bila brada di sekolah..nak mengadap Guru Besor.. anak murid kita yang mcm2 ragamnya..hurm.. xpe2.. nie mmg tugas kita kan . . bakal guru! yeah! semangat2!! ^^


Tuk sahabat2 seperjuangan saya.. semoga Allah memudahkan segala urusan kita.. amin..

Perkara2 yg perlu diingat & dibawa ke sekolah:
contoh la mcm ni la k...

1) baju yg kemas ( ofkos la kn pkai baju.. tapi ingat! kna kemas2.. =)) )
2) Name tag ( wajib neh.. lau x, tertukar kang kite ngn pembantu murid, kerani @ mak2 murid )
3) Kasut  bertutup (jangan plak p pkai selipar@sandle je key..da beli kasut yg skema tu kn.. pkai jgn x pkai)
4) Borang2 n surat2  yg dikehendaki ( surat pengenalan diri.. lau sape2 de yg lupe ltak mna 2.. pndai2 la carik key.. huhu)
5) BUKU RPH ( penting nie.. jgn tertinggal key)

Erm.. tu je kot yg perlu.. untuk hari 1st je.. ke ada lagi ek?? hee.. hari2 seterusnya mmg bertambah la kan brg2 yg nak di bawa..abm pe sume kn... ^^
So, da lewat kan nie.. jom2 tito.. sok kna bagun awal... saya pun udah ngantuk.. =.+

So, tuk sume yg berpraktikum esok.. All Da Best !!!!! Cayyok~
Semoga Allah permudahkan segala urusan Kita.......
.....................AMIN......................

^wassalam^

Out Of Da Box!! ^^

Assalamualaikum wbt.. Segala Puji bagiNya Tuhan Semesta Alam~

MASALAH.. masalah.. masalah~
hurm,, Semua org pernah ade masalah kn.. ke korang de yg tak pernah ade mslh?? mustahillah tak de.. sama ada besor ke,  kecik ke. . org tetap panggil masalah. . sebenarnye masalah tu lah y mematangkan kita. . mengajar kita utk berfikir & cube m'cari jalan penyelesaian. .

tapi Kita slalu dengar..
-> org mengalami tekanan jiwa sbb mslh yg d hadapi.. cth; mslh rumah tngga~
muka org de masalah lebih kurang cam ni la kn.. tertekan nye pasal~
-> org bunuh diri sebab mslh chenta.. telan pil pe entah smpai berpuluh bijik! ( bila dgr, kita akn ckp cm ni, "aish, ape nk jd.. x de keje len ke smpai nk bunuh2 dri cm 2." tp mmg cm 2 lah jd nye  lau seseorang tidak dpt nk selesaikan masalah yg d hadapi.. kununnye itulah jalan terbaek lh kan... tapi adakah jalan itu diredhai ALLAH?? TIDAK kawan2!!)

Mcm2 cara ade tuk selesikan mslh ni.. sume bergantung pd kita utk selesaikan dgn cara mudah @ payah..

jom bace kisah d bwh!
~Dr Romli~

Seorang lelaki pergi ke klinik Dr Romli & mengadu tidak boleh tidur malam..pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi..
~lebih kurang cam nie lah situasi pesakit~














Dr Romli   :ape sebenarnya yg mengganggu fikiran kamu hingga tidak tidur?
Pesakit     :saya rasa ade dinasour lah kt bawah katil saya..bila saya memejamkan mata, dinasour itu mahu membaham saya!
Dr Romli  : Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak. tidak ada pun dinasour , percayalah!
Pesakit     : Ada doc! percayalah...
 
Dr Romli meminta pandangan daripada Doktor-doktor pakar tentang masalah pesakit beliau. "Jelas ini masalah psikologi," kata doktor pakar psikologi. "Ini masalah fobia akibat didikan akibat masa lampau, "ujar doktor pakar yang lain. "saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf," tambah doktor pakar saraf.

 Semua doktor diberi peluang menggunakan kaedah masing-masing utk mnyelesaikkanya tapi selepas seminggu tetap tiada perubahan. Dr Romli termenung panjang ketika berada di rumah. Lalu anaknye yang berusia 7 tahun datang dan bertanya.

Ikuti perbualan mereka~

Anak        : ayah , knapa ayah termenung je ni
Dr Romli  : ada masalah seorang pesakit ayah nie..
Anak        : masalah apa ayah? mana tahu saya boleh bantu.

Dr Romli mengomel lam hati.. "doktor2 pakar pon tak boleh nak selesaikan, ni kan pulak anak aku yang setahun jagung!." Tapi, Dr Romli tetap menceritakan kpd anaknya. Kata si anak, " Oo.. dia rasa ada dinasour menyorok kat bawah katil ye." "ye, begitulah nampaknya." jawab si ayah. "kalau mcm tu, ayah potong sahaja kaki katilnya!." anaknya memberikan pandangan.

Dr Romli  : apa kaitan kaki katil tu dengan masalah tak boleh tidur?
Anak        : kalau kita potong kaki katil, sudah tentu dinasour itu tiada tempat untuk menyorok!

"Ya tak ye jugak,"  bisik Dr Romli. Keesokkannya, kaki katil pesakitnya dipotong. "Nah, sekarang tiada lagi dinasour yang mengganggu kamu. kamu boleh tidur sekarang." Sememangnya benarlah. Pesakit itu sudah dapat tidur nyenyak selepas itu.

So, lps bace ape yg korang dpt??? moral of da story...walaupun sebesar mana dan serumit mana pun masalah yang kita hadapi, kita dapat menyelesaikannya SEKIRANYA kita berfikir dengan santai , bebas dan keluar dari KOTAK PEMIKIRAN YANG BIASA... ( mcm anak Dr Romli tu la.. kn boleh slesaikan mslh tu.. ^.^ )


p/s --> So, kpd rakan2 d luar sana & peringatan juga bt diri saya, jauhkanlah daripada melakukan perkara2 yg merugikan diri sendiri sekiranya mempunyai masalah.. janganlah sampai ada kes bunuh2 diri, bunuh org lain pun ade gak.. aishh.. Cuba lah berfikir dgn sebaik mungkin & KELUAR DARI KOTAK PEMIKIRAN YG BIASA utk menyelesaikkannya!! =))

Sekian,Wassalam~

Tuesday 15 March 2011

SeAnDainya Kamu taHu. . . .

Assalamualaikum......
utk pembaca & Khas Buat "Si dia"  yg selalu di hati saya...fahamilah~

        Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya . . =))

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu....=.=

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. ( bukan saje2 gaduh  key )


         Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.( tht's y kna bnyk ckp.. ^^)
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata & di mindanya!! =D

         Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik!( u r da best dear.. ^^)
          Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil ( sy degil sket2 je .. =p) , dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan marah & berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi,  hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
p/s tuk "si dia" , sy harap awk tahu =,=  bhwa sy bkn saje2 mrjuk, bkn saje2 mrh, bkn saje2 cmburu . sumenye bersebab.. mcm kt ats td lah.. hee~ *blushing*

p/s tuk lelaki.. fahamilah hati perempuan yang selalu memerlukan perhatian yg lebih dari anda & sememangnya sensitif.. fikir2kan...=)

Sekian, 
 ~Wassalam~

Oh, Terharunye saya!!

Assalamualaikum sume......

Actly bru je bce my fren nye blog... after bace, Oh.. terharunye sy!  ( serius, btol2 nie.. bkn men2 taw).. she's telling bout me! x sngka lak sy jd peransang tuk dye bt blog sndri..hee  =)) 

to hikariputeri : yup.. mmg same lirik lagu itu tuk kite.. aduhai.. ingt lak zmn2 skola dlu.. da lama berlalu tp ttp d ingati selalu.. bgitu juga kamu hikari! really2 miss our moment.. =(  So, da tahu rndu tu kn.. jemput2 la mai jmpe sy.. heeee...


 REMEMBER!!  --->>

Sahabat sy dedicate 1 song tuk sy..
So.. nk kongsi gak ngn sume... ^^ 

TAJUK LAGU :BINGKISAN RINDU
NYANYIAN : FAR EAST

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu kau xkan kulupa..
Sudah bertahun lama kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan yg xmungkin kte lupa
Kirimkan khabar selalu seiringan hembusan bayu
Sebagai pengubat rasa rindu dkalbu..

Pantas masa berlalu meninggalkan kte smue
Tanpa disedari bertambahlah usia kita
Potret lama masih kusimpan kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku tersenyum sendirian..

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam
Jadi azimat penguat semangat
Harapanku kau kan bahagia selalu..

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Sematkanlah bingkisan rindu di kalbu. . .

erm..pentingkan sahabat lam hdup kite.. tanpa mereka.. siapalah kite..hdup x ceria...
 sO, HArgaiLah n SayanGilah  Sahabat kita....

To All my Frenz:

 I don't need words 2 express..
I don't need tears 2 shed..
I don't need 2 ask 4 a smile..
Or a hand 2 hold me..
All I need is 
to be Your Friend, FOREVER! ^^

~wassalam~

Tuesday 8 March 2011

Knapa Malas???

Alhamdulillah.....

fuhh! lastly, siap sume asimun. . b'syukur sgt2.. lega2.. maklum la.. tito x ckup ni.. =((
mata da jadi mata panda da. . huk3. . mintak2 x de da pas nie kertas2 tugasan...
actly, bkn salah tugasan pon.. slh dri sndri.. Malas sgt.... sape suh bt keje last minute kn.. trima la padah nye... huhu... xpe2.. pas nie da nekad da.. nk wat keje awl2 ( smngt neh )... tp hope x hangat2 taek kambing lah... da bpe kali da nekad cm tu.. tp same jek... mmg pemalas tol.. =D

Apa yg M'jadi punca2 MALAS nie??

1- Terlalu selesa dengan keadaan sekarang
2- Terlalu bergantung kepada orang sekeliling
( Emak,Abah,Adik-Beradik.. er.. pkwe gak kot.. hee)
3- Mengharapkan belas ekhsan orang lain.)


Tahukah Anda ???

“Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (zon selesa/comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang- setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psychology akan menarikkan kita kembali ke zon selesa.

Sebagai contoh, sekiranya anda rajin membaca buku 30 minit sehari sahaja. Lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan… mungkin baca selama 45 minit. Sehingga suatu masa nanti, zon selesa anda akan berada pada tahap 45 minit. Apabila ingin membaca lebih dari itu, terasa malas (luar dari zon selesa baru). Apa yang anda perlu lakukan adalah ulangi langkah sehingga anda mencipta zon selesa baru.

Berita baiknya adalah, zon selesa manusia berubah-ubah. Apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa tersebut secara sedikit-demi sedikit dan pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda.”


oOO.. de Zon2 upenye.... ^^

p/s : yg penting , Diri Sndri lew kna ubahnye ... kan3??? ^^

Renung2 kan & Selamat Berubah... ^^